Friday, July 1, 2011

Jaga Percakapan Anda!Elak Dosa!


Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur ke hadrat Illahi,kerana limpah kurniaNYA,dapatlah ana mencoret sedikit tentang permasalahan ummah yang melanda kita sekarang ini.Sebelum ana memulakan coretan ana,eloklah kita renungkan hadis dari Rasulullah SAW  “Siapa diam dia berjaya”(Hadis riwayat al-Tirmizi).

Mungkin antum tertanya-tanya,mengapa ana mulakan coretan ana dengan hadis ini.Ini kerana Islam memberi perhatian serius terhadap percakapan kita.Dan tentunya percakapan kita menggunakan mulut dan lidah.LIDAH adalah alat komunikasi penting dalam menghubungkan silaturrahim sesama ummah. Ia juga untuk menyebar ilmu,berdakwah dan banyak lagi manfaat lain. Walakin, lidah juga boleh jadi bahaya, kerana boleh digunakan untuk memecah belahkan masyarakat, memfitnah, mencaci, mengumpat dan sebagainya.

Fil kitabul Aziz juga mengingatkan bahawa setiap ucapan yang diucapkan seseorang tidak akan terlepas daripada catatan malaikat-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”.(Surah Qaf, ayat 18)

Seperti mana yang kita maklum,terjadinya sesuatu perkara yang kadangkala terjadinya pergaduhan,perselisihan faham,saling tuduh menuduh antara sesame insan adalah di sebabkan oleh sifat manusia yang suka mengeji, mencaci dan mencarut  yang mana ia adalah perkara yang dilarang Islam dan mereka yang melakukan perkara itu dengan lidahnya wajib bertaubat serta memohon maaf kepada mereka yang telah disakitinya.

Tindakan lidah yang paling sinonim dengan masyarakat kita ialah mengumpat.Mengumpat ialah menyebut di belakang saudaramu tentang sesuatu yang tidak disukainya, sama ada kekurangan itu pada fizikalnya, keturunannya, kelakuannya, pakaiannya atau sebagainya. Wahai muslimin dan muslimat,renunglah ayat ini, 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”(Surah al-Hujurat, ayat 12)

Telah jelas disini,Allah Taala mengumpamakan pengumpat itu sebagai pemakan daging saudaranya yang sudah mati.Adakah kita mahu makan daging saudara kita sendiri?Tentu tidak mahu bukan?Maka,jauhilah sifat ini yang mana dosa mengumpat itu tidak akan diampun Allah jika tuannya tidak memaafkannya terlebih dahulu.

Namun, ulama menyenaraikan beberapa kelonggaran yang mengizinkan kita menyebut kekurangan orang lain di belakangnya iaitu tidak dikira dosa. Ia termasuk beberapa keadaan berikut:
  • Apabila seseorang itu dizalimi, maka dia dibolehkan menceritakan kezaliman ke atasnya kepada pihak yang bertanggungjawab;
  • Apabila hendak mendapat fatwa atau mengetahui hukum sesuatu;
  • Apabila ingin memberi peringatan kepada orang lain;
  • Apabila seseorang itu dikenali dengan gelaran itu secara menyeluruh; dan
  • Apabila ia terkenal dengan jahatnya.

Marilah wahai hamba Allah,kita berfikir,renungkan dan muhasabah diri kita.Adakah kita tergolong dikalangan orang yang tidak menjaga lidah yang di anugerahkan kepada kita? Jika kita tergolong,sama-samalah kita cuba ubah diri kita temasuk ana,ke arah yang lebih baik dan senantiasa menjaga percakapan kita.Kerana Rasulullah SAW memberi jaminan kepada orang yang sanggup menjaga lidahnya. 

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku apa yang ada antara misai dan janggutnya dan apa yang ada antara dua pahanya, aku jamin baginya syurga.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

Wallahualam..
Asrar90,Khamis,01 Julai 2011,15:58

Wednesday, June 29, 2011

Ibrah Dari Kisah Anak Yatim

Alhamdulilah..biiznillah...ana masih bernafas di dunia ini untuk memperjuangkan ad-din islam..insyaAllah..Dan ana juga masih dibrikn peluang untuk mencoret di laman ini untuk mnjdi tatapan para pembaca dan sama-sama mngambil ibrah..lama rasanya ana tak update blog ana..disebabkan waktu yang padat dengan program dan atas sbb trtentu,mnybbkn ana tak mmpunyai masa utk mencoret di medan prjuangn ana..hmm..kat sini,ana nk mncritekan sedikit tntg pglmn ana ketika mngndalikn program MTQN di universiti ana baru-baru ini..

Program anak yatim yang banyak mngglkn kngn dan ibrah pada diri ini..Alhamdulilah,ana masih mmpunyai ibu bapa yang snntiasa mnyayangi diri hamba yang kerdil ini,,ku bersyukur ya Allah..ttapi tatkala mlihat anak2 yatim yang masih kecil berusia 6 tahun keatas kukira..hatiku jadi sebak..Ya allah..bagaimana mereka mneruskn hidup tnpa ibu dan ayah di sisi..tabah nya diri mereka mngharungi liku2 khidupn di mka bumi yang pnuh brakah ini..

 Dari raut wajah mereka,ku lihat,mereka dahagakn kasih sayang..bukn harta yng mereka dambakn...dari satu sudut tak jauh dri taman permainan,ana lihat 2 orang adik beradik lelaki yang masih kecil berusia 8 dan 10 tahun bermain dengan gembiranya.ana dapat lihat kasihnya abang terhadap adiknya..tatkala mengalah dengan adiknya yang ingin bermain buaian..YaAllah..terharunya..ana teringat,pada malam perasmian,akmal adik azwan demam dan telah dibawa ke klinik.Tapi azwan,abangnya tak ikut..lalu,azwan bertanya kepada ana,,

"Kak,adik saya dah bawa ke klinik ke?kenapa kne bawa p klinik?"

ana mnjawab,"adik azwan kena p klinik,sebab doktor nak rawat dia..biar akmal cepat sembuh..nanti bolehlah azwan main-main dengan adik lagi..jawab ana sambil tersenyum untuk menenangkan hati azwan..

"Kak.agak-agak adik saya mati tak kak?"

"Ya Allah,tak dik..insyaAllah tak..azwan nak ke adik mati?"

"Tak nak kak.saya tak ada sape2 dah,ada adik je..tak nak adik mati"jawab azwan,dari raut wajahnya nampak sedih.

"Kalau mcam tu,doakan adik sembuh ye.."jawab ana sambil mmberi ketenangan pada azwan.
"Baik kak.." 

Ya Allah..sedih dan terharunya tatkala itu..hanya Allah je yang tahu..begitu kasihnya seorang abang dengan adiknya...Teringat ana perbualan ana dengan salah seorang cikgu azwan dan akmal dari sebuah negeri..

"cikgu,azwan dan akmal tu adik beradik kan?mereka tiada ibu dan ayah ke cikgu?rasa kesian melihat mereka.nampak dari raut wajahnya yang inginkan kasih sayang..."tanya ana pada suatu ketika.

"emm..ayah mereka meninggalkan mereka sejurus selepas rumah mereka terbakar..saya tak ingat bile..pada asalnya mak mereka menjaga mereka tiga orang termasuk azwan dan akmal,tapi di takdirkan allah,anak sulung dari tiga beradik tu meninggal..saya tak ingat sebab apa..lepas tu,mak mereka ni tertekan,dan akhirnya sakit mental..dan sekarang ada di hospital sakit mental..pkcik azwan dan akmal yang hantr mereka ke rumah ank yatim ni,sebb pkcik nye juga diklngn org susah..."terang cikgu musa panjang lebar.

“Ya allah..kesiannya diorang..ada tak tanya mana mak mereka?”

“Ada juga,kami pernah bawa jumpa mak mereka kat hospital sakit mental,tapi mak mereka tak kenal mereka.”

“Ya allah,sampai macam tu sekali..kesian lihat diorang..kecil2 lagi,kehilangan mak ayah..kuasa Tuhan..Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik apa yang berlaku..”

“Mereka anak yang tabah..insyaAllah..kami akan menjaga mereka sebaik mungkin,,kerana mereka adalah amanah kami..kami akan beri kasih sayang secukupnya sperti mana kasihnya ibu bapa mereka..”

Sebak rasanya mendengar penjelasan salah seorang cikgu kepada anak yatim..Beberapa air mata titis juga akhirnya jatuh ke bumi..tidak tahan rasanya melihat penderitaan mereka.mereka bijak menghrungi liku kehidupan hingga sukar untuk melihat kesedihan..yang nampak kegembiraan mereka,kesedihan hanya di dalam hati nurani mereka yang penuh suci tanpa secalit dosa..

Firman Allah dalam kitabul aziz: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah;Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka).Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

Sudah jelas di sini bahawa sebagai sesama hamba allah yang kerdil di muka bumi ini,hendaklah kita berbuat kebaikan kepada sesiapa pun..termasuklah anak yatim...Marilah,sama-sama kita mengambil ibrah..anak yatim sangat-sangat memerlukan kasih sayang..kerana itu sudah memadai bagi mereka untuk rasa adanya kasih sayang sesama makhluk..

Allah..begitu agungnya kuasamu...Anak yatim ,bukanlah untuk di benci,bukan untuk di kutuki,bukan juga untuk diderai tetapi....disayangi..kerana mereka juga adalah hamba allah yang layak hidup di muka bumi..berilah sepenuh keprihatinan kita terhadap mereka..

Sekadar renungan bersama dari ana insan kerdil yang banyak kekurangan..

Salam mujahidah dari ana..asrar90...
Rabu,29 Jun 2011,15:26pm

Thursday, May 19, 2011

Hawa..bacalah Kasih Dari Seorang Adam..


Khusus untuk renungan dan hisbah semua..Semoga Allah meletakkan secebis hidayahNya ke dalam hati kita....

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kamu dizalimi, hak kamu dicerobohi, kamu ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kamu hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.

Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kamu diangkat ,maruah kamu terpelihara,kamu dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-bak hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. 

Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

 Wahai Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan  yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


Wednesday, May 18, 2011

Bahagian 3:Sempurnanya sebuah Agama,wafatnya junjungan Rasulullah saw.

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya."

Kemudian Rasulullah SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."

Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,

"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,

"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahwa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."