Friday, July 1, 2011

Jaga Percakapan Anda!Elak Dosa!


Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur ke hadrat Illahi,kerana limpah kurniaNYA,dapatlah ana mencoret sedikit tentang permasalahan ummah yang melanda kita sekarang ini.Sebelum ana memulakan coretan ana,eloklah kita renungkan hadis dari Rasulullah SAW  Siapa diam dia berjaya”(Hadis riwayat al-Tirmizi).

Mungkin antum tertanya-tanya,mengapa ana mulakan coretan ana dengan hadis ini.Ini kerana Islam memberi perhatian serius terhadap percakapan kita.Dan tentunya percakapan kita menggunakan mulut dan lidah.LIDAH adalah alat komunikasi penting dalam menghubungkan silaturrahim sesama ummah. Ia juga untuk menyebar ilmu,berdakwah dan banyak lagi manfaat lain. Walakin, lidah juga boleh jadi bahaya, kerana boleh digunakan untuk memecah belahkan masyarakat, memfitnah, mencaci, mengumpat dan sebagainya.

Fil kitabul Aziz juga mengingatkan bahawa setiap ucapan yang diucapkan seseorang tidak akan terlepas daripada catatan malaikat-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”.(Surah Qaf, ayat 18)

Seperti mana yang kita maklum,terjadinya sesuatu perkara yang kadangkala terjadinya pergaduhan,perselisihan faham,saling tuduh menuduh antara sesame insan adalah di sebabkan oleh sifat manusia yang suka mengeji, mencaci dan mencarut  yang mana ia adalah perkara yang dilarang Islam dan mereka yang melakukan perkara itu dengan lidahnya wajib bertaubat serta memohon maaf kepada mereka yang telah disakitinya.

Tindakan lidah yang paling sinonim dengan masyarakat kita ialah mengumpat.Mengumpat ialah menyebut di belakang saudaramu tentang sesuatu yang tidak disukainya, sama ada kekurangan itu pada fizikalnya, keturunannya, kelakuannya, pakaiannya atau sebagainya. Wahai muslimin dan muslimat,renunglah ayat ini, 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”(Surah al-Hujurat, ayat 12)

Telah jelas disini,Allah Taala mengumpamakan pengumpat itu sebagai pemakan daging saudaranya yang sudah mati.Adakah kita mahu makan daging saudara kita sendiri?Tentu tidak mahu bukan?Maka,jauhilah sifat ini yang mana dosa mengumpat itu tidak akan diampun Allah jika tuannya tidak memaafkannya terlebih dahulu.

Namun, ulama menyenaraikan beberapa kelonggaran yang mengizinkan kita menyebut kekurangan orang lain di belakangnya iaitu tidak dikira dosa. Ia termasuk beberapa keadaan berikut:
  • Apabila seseorang itu dizalimi, maka dia dibolehkan menceritakan kezaliman ke atasnya kepada pihak yang bertanggungjawab;
  • Apabila hendak mendapat fatwa atau mengetahui hukum sesuatu;
  • Apabila ingin memberi peringatan kepada orang lain;
  • Apabila seseorang itu dikenali dengan gelaran itu secara menyeluruh; dan
  • Apabila ia terkenal dengan jahatnya.

Marilah wahai hamba Allah,kita berfikir,renungkan dan muhasabah diri kita.Adakah kita tergolong dikalangan orang yang tidak menjaga lidah yang di anugerahkan kepada kita? Jika kita tergolong,sama-samalah kita cuba ubah diri kita temasuk ana,ke arah yang lebih baik dan senantiasa menjaga percakapan kita.Kerana Rasulullah SAW memberi jaminan kepada orang yang sanggup menjaga lidahnya. 

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku apa yang ada antara misai dan janggutnya dan apa yang ada antara dua pahanya, aku jamin baginya syurga.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

Wallahualam..
Asrar90,Khamis,01 Julai 2011,15:58

No comments:

Post a Comment