Sunday, August 28, 2011

."Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".

Alhamdulilah..Allah masih memberi kesempatan dan ruang untuk ana mencoret di laman perjuangan ana..Di kesibukan raya yang akan menjelma tak lama lagi membuatkan masa ana agak padat dengan persiapan raya..hmm..teringat ana dengan satu cerita di salah satu siaran televisyen..yang mengatakan.."Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"...ha...antum tahu x maksud tersurat dan tersiratnya kata-kata ini??

Biar ana menjelaskannya..bismillahirrahmanirrahim.. 

maksudnya di sini,umat islam ada batas2 dan perkara yang di larang oleh Allah seperti minum arak,berjudi,berzina dan sebagainya...ada asbab yang tertentu allah melarang umatnya...Umat islam yang mengikut segala suruhan agamaNYA,insyaallah akan dapat syurga di akhirat nanti,tetapi syurga bg orang kafir pula,bila di akhirat kelak,neraka lah tempatnya..

Pernah ada seorang hamba Allah bertanya kepada ana,mengapa tidak dikatakan dunia ni neraka bg org mukmin, dan hanya dikatakan penjara?? hmmm..pada mulanya ana pening juga ingin mnjawab pertanyaan saudara ini..tapi alhamdulilah..Allah membantu ana tatkala ana dalam kebuntuan.Allahhu maana..

hmm..jika dikatakan dunia ini dikatakan sebagai neraka,manusia akan mengejar akhirat sahaja dan mengabaikan dunia..sedngkan kita sebagai org islam hendklah seimbangkan diantara dunia dan akhirat...dan menggunakan perkataan penjara adalah kerana umat islam ada perkara yang boleh dilakukn dan ada perkara yang tak boleh di lakukan,,ibarat seperti penjara.......


Kesemua larangan Allah..ada sebabnya..ada hikmahnya..banyak kebaikannya..jadi kita sebagai umat islam wajib patuh pada amal makruf nahi munkar..insyaALLAH..hidup akan diselimuti oleh ketenangan,diselubungi kebahagiaan bukan sahaja di dunia,,tetapi di akhirat jua..insyaALLAH..aminn..


Penjelasan ini adalah menurut pandangan ana,jika ada pandangan dari sahabat2..sila kemukakan..perbetulkan jika salah..kerana ana insan fakir yang masih dalam pencarian memburu cintaNYA..


-DaKwAH DeMi AgaMaNya-
asrar90,
ahad,11.50 pm,28/8/2011

Saturday, August 27, 2011

~~NaSiHaT ImAm AL-GhAzALi~~

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum...

Pasti sudah banyak yang mendengar tentang nasihat Imam Ghazali ini kepada para muridnya.Ana kutip di sini percakapannya untuk merefresh kembali, dan kita sama-sama mengambil hikmahnya:

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Orang tua“
Murid 2 = “Guru“
Murid 3 = “Teman“
Murid 4 = “Kaum kerabat“
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati” ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Negeri Cina“
Murid 2 = “Bulan“
Murid 3 = “Matahari“
Murid 4 = “Bintang-bintang“
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama“.

Iman Ghazali = “Apa yang paling besar di dunia ini ?“
Murid 1 = “Gunung“
Murid 2 = “Matahari“
Murid 3 = “Bumi“
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali= “Apa yang paling berat didunia?“
Murid 1 = “Baja“
Murid 2 = “Besi“
Murid 3 = “Gajah“
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = “Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = “Kapas“
Murid 2 = “Angin“
Murid 3 = “Debu“
Murid 4 = “Daun-daun“
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang “
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “


Hikmah:
Perbanyak ibadah sesungguhnya kematian adalah dekat. Pergunakan waktu sebaik mungkin karena kita tidak dapat mengulang masa lalu. Berhati-hati dengan hawa nafsu, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. Tunaikan selalu amanah. Ingat bahwa manusia dan jin diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah semata. Dalam kesibukan apapun, jangan tinggalkan solat yang menjadi tiang agama kita. Berhati-hati dengan ucapan kita, karena melalui lidah kita mudah untuk menyinggung dan melukai hati saudara kita sendiri..


Wallahua'lam..

Sumber: Sahabat..

Thursday, August 25, 2011

~~~SiFaT-SiFat 20 AllaH~~~

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.


Saturday, August 6, 2011

NaMA SyAItAn DaLAM Al-FaTiHAh

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum....

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
 
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
 
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
 
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
 
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
 
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’
 
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!
 
7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.
 
8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
 

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam...(^____^)