Monday, May 28, 2012

~ ApA ItU KaSiH SaYaNG?? JoM BaCa:-) ~


Bismillahirrahmanirrahim..:-)

Alhamdulilah,syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberikan kita untuk bernafas menyedut udara segar hasil ciptaanNYA yang maha indah.Nadi masih berdenyut untuk mempertingkatkan amal dan mengeratkan ukhwah sesama insan. Silaturahim menjadi penyambung tali persaudaraan, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina sekian lama terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.Kita semua sangat-sangat di galakkan untuk mengeratkan ukhwah sesama manusia dan dalam islam sendiri sangat mementingkan kasih sayang.Dalam satu hadis menyatakan:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
(Riwayat at-Tabrani )

Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang digalakkan bagi setiap individu Muslim.Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.

Kasih sayang boleh di bentuk melalui beberapa cara.Seperti menggunakan kata-kata yang sopan dan manis di dengar, melalui sentuhan yang lemah lembut dan juga melalui pujukan, memberi penghargaan dan senyuman.Kerana senyum itu adalah satu sedekah dan dapat mengubat segala kepahitan,keresahan,kerisauan,kedukaan dan meredakan hati sesiapa sahaja hatta di selimuti masalah.

Antum renungkanlah dan hayatilah kata-kata ini..”senyumlah tatkala terima ujian,bersyukur lah atas segala nikmat,sabarlah tika mana dugaan mendatang,kerana dengan itu menyedarkan kita hidup berTuhan dan redhalah atas segala mehnah kerana ianya merupakan kemanisan saat kita Berjaya menghadapinya...”

Islam melarang umatnya memutuskan silaturrahim kerana ianya merupakan satu dosa besar yang perlu kita elakkan. Seperti yang kita lihat masyarakat masa kini,kebiasaannya apabila berlakunya perselisihan faham, maka terjadinya pertengkaran dan saling menjauhkan diri.
Justeru itu adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.Tidakkah kamu mengetahui tentang hadis ini:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
 
(Riwayat al-bukhari)

Tidakkah kamu mengingini segala nikmat yang Allah kurniakan seperti hadis di atas hanya dengan memanjangkan silaturrahim???Janganlah kamu tergolong di kalangan orang yang rugi..astaghfirullahalazim….Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam golongan itu..
Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T. Ternyata umat islam berpecah belah kerana kurangnya kasih sayang dalam pergaulan mereka.Adakah kita mahu musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat??

Fikirkanlah dan renungkanlah..
-HiDup Untuk DakWah-
Asrar90

1 comment: