Showing posts with label coretan hati... Show all posts
Showing posts with label coretan hati... Show all posts

Sunday, August 28, 2011

."Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".

Alhamdulilah..Allah masih memberi kesempatan dan ruang untuk ana mencoret di laman perjuangan ana..Di kesibukan raya yang akan menjelma tak lama lagi membuatkan masa ana agak padat dengan persiapan raya..hmm..teringat ana dengan satu cerita di salah satu siaran televisyen..yang mengatakan.."Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"...ha...antum tahu x maksud tersurat dan tersiratnya kata-kata ini??

Biar ana menjelaskannya..bismillahirrahmanirrahim.. 

maksudnya di sini,umat islam ada batas2 dan perkara yang di larang oleh Allah seperti minum arak,berjudi,berzina dan sebagainya...ada asbab yang tertentu allah melarang umatnya...Umat islam yang mengikut segala suruhan agamaNYA,insyaallah akan dapat syurga di akhirat nanti,tetapi syurga bg orang kafir pula,bila di akhirat kelak,neraka lah tempatnya..

Pernah ada seorang hamba Allah bertanya kepada ana,mengapa tidak dikatakan dunia ni neraka bg org mukmin, dan hanya dikatakan penjara?? hmmm..pada mulanya ana pening juga ingin mnjawab pertanyaan saudara ini..tapi alhamdulilah..Allah membantu ana tatkala ana dalam kebuntuan.Allahhu maana..

hmm..jika dikatakan dunia ini dikatakan sebagai neraka,manusia akan mengejar akhirat sahaja dan mengabaikan dunia..sedngkan kita sebagai org islam hendklah seimbangkan diantara dunia dan akhirat...dan menggunakan perkataan penjara adalah kerana umat islam ada perkara yang boleh dilakukn dan ada perkara yang tak boleh di lakukan,,ibarat seperti penjara.......


Kesemua larangan Allah..ada sebabnya..ada hikmahnya..banyak kebaikannya..jadi kita sebagai umat islam wajib patuh pada amal makruf nahi munkar..insyaALLAH..hidup akan diselimuti oleh ketenangan,diselubungi kebahagiaan bukan sahaja di dunia,,tetapi di akhirat jua..insyaALLAH..aminn..


Penjelasan ini adalah menurut pandangan ana,jika ada pandangan dari sahabat2..sila kemukakan..perbetulkan jika salah..kerana ana insan fakir yang masih dalam pencarian memburu cintaNYA..


-DaKwAH DeMi AgaMaNya-
asrar90,
ahad,11.50 pm,28/8/2011

Tuesday, July 26, 2011

KuNcI KeJaYaAn UmAt IsLAm

1. Kunci Kemuliaan
    >Taat Kepada Allah dan RasulNYA

2. Kunci Rezeki
    >Berusaha disertai dengan Beristighfar dan Bertakwa

3. Kunci Syurga
    >MengEsakan Allah (Tauhid)

4. Kunci Keimanan
    >Berfikir tentang ayat Allah dan makhluk ciptaanNYA

5. Kunci Kehidupan Hati
    >Merenungi (tadabbur) Al-Quran,mengadu kepada Allah pada waktu sebelum Fajar,meninggalkan dosa.

6. Kunci Ilmu
    > Bertanya dan mendengar dengan baik.

7. Kunci Kemenangan dan Kejayaan
    >Kesabaran

8. Kunci Keberuntungan
    >Ketaqwaan

9. Kunci Bertambahnya Nikmat
    >Bersyukur

10.Kunci Mencintai Akhirat
     >Zuhud terhadap Dunia

11. Kunci Agar Di kabulkan Oleh Allah
     >Berdoa..dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu..(Luqman:17)

Dunia akan membuatmu tertawa pada suatu hari,Tetapi esoknya ia akan membuatmu menangis,kerana keburukannya..Semoga kita mendapat kejayaan dunia dan akhirat..

-asRaR 90-
Rabu,10:59,27/7/2011

Wednesday, June 29, 2011

Ibrah Dari Kisah Anak Yatim

Alhamdulilah..biiznillah...ana masih bernafas di dunia ini untuk memperjuangkan ad-din islam..insyaAllah..Dan ana juga masih dibrikn peluang untuk mencoret di laman ini untuk mnjdi tatapan para pembaca dan sama-sama mngambil ibrah..lama rasanya ana tak update blog ana..disebabkan waktu yang padat dengan program dan atas sbb trtentu,mnybbkn ana tak mmpunyai masa utk mencoret di medan prjuangn ana..hmm..kat sini,ana nk mncritekan sedikit tntg pglmn ana ketika mngndalikn program MTQN di universiti ana baru-baru ini..

Program anak yatim yang banyak mngglkn kngn dan ibrah pada diri ini..Alhamdulilah,ana masih mmpunyai ibu bapa yang snntiasa mnyayangi diri hamba yang kerdil ini,,ku bersyukur ya Allah..ttapi tatkala mlihat anak2 yatim yang masih kecil berusia 6 tahun keatas kukira..hatiku jadi sebak..Ya allah..bagaimana mereka mneruskn hidup tnpa ibu dan ayah di sisi..tabah nya diri mereka mngharungi liku2 khidupn di mka bumi yang pnuh brakah ini..

 Dari raut wajah mereka,ku lihat,mereka dahagakn kasih sayang..bukn harta yng mereka dambakn...dari satu sudut tak jauh dri taman permainan,ana lihat 2 orang adik beradik lelaki yang masih kecil berusia 8 dan 10 tahun bermain dengan gembiranya.ana dapat lihat kasihnya abang terhadap adiknya..tatkala mengalah dengan adiknya yang ingin bermain buaian..YaAllah..terharunya..ana teringat,pada malam perasmian,akmal adik azwan demam dan telah dibawa ke klinik.Tapi azwan,abangnya tak ikut..lalu,azwan bertanya kepada ana,,

"Kak,adik saya dah bawa ke klinik ke?kenapa kne bawa p klinik?"

ana mnjawab,"adik azwan kena p klinik,sebab doktor nak rawat dia..biar akmal cepat sembuh..nanti bolehlah azwan main-main dengan adik lagi..jawab ana sambil tersenyum untuk menenangkan hati azwan..

"Kak.agak-agak adik saya mati tak kak?"

"Ya Allah,tak dik..insyaAllah tak..azwan nak ke adik mati?"

"Tak nak kak.saya tak ada sape2 dah,ada adik je..tak nak adik mati"jawab azwan,dari raut wajahnya nampak sedih.

"Kalau mcam tu,doakan adik sembuh ye.."jawab ana sambil mmberi ketenangan pada azwan.
"Baik kak.." 

Ya Allah..sedih dan terharunya tatkala itu..hanya Allah je yang tahu..begitu kasihnya seorang abang dengan adiknya...Teringat ana perbualan ana dengan salah seorang cikgu azwan dan akmal dari sebuah negeri..

"cikgu,azwan dan akmal tu adik beradik kan?mereka tiada ibu dan ayah ke cikgu?rasa kesian melihat mereka.nampak dari raut wajahnya yang inginkan kasih sayang..."tanya ana pada suatu ketika.

"emm..ayah mereka meninggalkan mereka sejurus selepas rumah mereka terbakar..saya tak ingat bile..pada asalnya mak mereka menjaga mereka tiga orang termasuk azwan dan akmal,tapi di takdirkan allah,anak sulung dari tiga beradik tu meninggal..saya tak ingat sebab apa..lepas tu,mak mereka ni tertekan,dan akhirnya sakit mental..dan sekarang ada di hospital sakit mental..pkcik azwan dan akmal yang hantr mereka ke rumah ank yatim ni,sebb pkcik nye juga diklngn org susah..."terang cikgu musa panjang lebar.

“Ya allah..kesiannya diorang..ada tak tanya mana mak mereka?”

“Ada juga,kami pernah bawa jumpa mak mereka kat hospital sakit mental,tapi mak mereka tak kenal mereka.”

“Ya allah,sampai macam tu sekali..kesian lihat diorang..kecil2 lagi,kehilangan mak ayah..kuasa Tuhan..Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik apa yang berlaku..”

“Mereka anak yang tabah..insyaAllah..kami akan menjaga mereka sebaik mungkin,,kerana mereka adalah amanah kami..kami akan beri kasih sayang secukupnya sperti mana kasihnya ibu bapa mereka..”

Sebak rasanya mendengar penjelasan salah seorang cikgu kepada anak yatim..Beberapa air mata titis juga akhirnya jatuh ke bumi..tidak tahan rasanya melihat penderitaan mereka.mereka bijak menghrungi liku kehidupan hingga sukar untuk melihat kesedihan..yang nampak kegembiraan mereka,kesedihan hanya di dalam hati nurani mereka yang penuh suci tanpa secalit dosa..

Firman Allah dalam kitabul aziz: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah;Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka).Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

Sudah jelas di sini bahawa sebagai sesama hamba allah yang kerdil di muka bumi ini,hendaklah kita berbuat kebaikan kepada sesiapa pun..termasuklah anak yatim...Marilah,sama-sama kita mengambil ibrah..anak yatim sangat-sangat memerlukan kasih sayang..kerana itu sudah memadai bagi mereka untuk rasa adanya kasih sayang sesama makhluk..

Allah..begitu agungnya kuasamu...Anak yatim ,bukanlah untuk di benci,bukan untuk di kutuki,bukan juga untuk diderai tetapi....disayangi..kerana mereka juga adalah hamba allah yang layak hidup di muka bumi..berilah sepenuh keprihatinan kita terhadap mereka..

Sekadar renungan bersama dari ana insan kerdil yang banyak kekurangan..

Salam mujahidah dari ana..asrar90...
Rabu,29 Jun 2011,15:26pm

Thursday, March 31, 2011

SABAR..penting dalam berjuang..!!

Dah lama rasanya jari jemari kecilku ini tidak bermain di keyboard lattop acerku..Ini bermakna,agak lama juga ku tidak membuat nukilan hati sepiku di dalam blog perjuanganku..bukan tidak mahu,tetapi kekangan masa yang agak padat ku rasa,membuatkan nukilanku terbantut untuk seketika.Biasalah..kehidupan seorang pelajar,banyak komitmen yang harus ku laksanakan..bunyi "komitmen" macam dah kwen pula ye?hehe..Emm..itu lagi lah tanggungjawab yang besar..ana sendiri tak mampu nak pikul tanggungjawab dan amanah ALLAH itu buat masa ini..cita-citaku belum terlaksana..impian belum tercapai..dan kejayaan masih belum di tempa..Amanat masih belum dapat di langsaikan..

Emm..menjadi pelajar di universiti "islam",membuatkan pandangan masyarakat agak besar..pandangan negatif dan positif..kebiasaannya,msyrkt akan berkata.."owh...universiti "islam"??tpi sama je macam universiti yang lain??aurat terdedah juga??..Terkejut ana mendgr kata-kata itu dari seorang hamba ALLAH..orang kate,persepsi lain-lain kan..tapi seharusnya kita mengambil ibrah dri apa yang orang kate..sebagai contoh je yang tadi tu....emm,ana tak tahu lah nak cerita macam mana..tapi ana rasa kena gak cerita ni....hehe

"Asrar!!itu sahabat enti ke??satu kos??" tanya shbt ana tatkala ana sama-sama berjalan menuju kedai buku.
"Na'am..limaza??enti macam terkejut je?"jawab asrar pelik kerana qistina bertanya seperti terkejut dan nampak kekhairanan..
"Mestilah ana terkejut..pakaian tak melambangkan kos yang di ambil..enti tak tegur ke shbt enti tu?itu kan tanggungjawab enti sebagai sahabat.."
"Bukan mudah untuk menegur shbt qis...tapi ana dah pernah tegur..tntg pakaian dan juga sikapnya..tapi tetap macam tu..mungkin cara ana tegur tu kurang berhemah...."jawab asrar dalam nada yang agak terkilan.
"Sabar asrar..bukan mudah nak menegur orang..dan bukan mudah orang nak menerima teguran kita..biasalah..kebenaran bila dah tahu,memang pahit untuk terima..sekurang-kurangnya enti dah melaksanakan tanggungjawab enti..tak lah nnti,di tanya di akhirat kelak.."kata qis menenangkan hati sahabtnya..
"mudh2han Allah membuka pintu hatinya untuk menerima hidayah Allah.."
"Insyaallah..amiinn..."

Mengenangkan zaman sekarang yang penuh dengan cabaran.pnuh dengan adegan2 yang kurang elok..hiburan bertaburan sana-sini....ana jadi takut..lebih-lebih lagi..situasi yang berlaku di tempat ana sendiri..ana rasa khilaf sangat...Yelah..kenapa lah ana tak boleh handle sahabt ana sendiri..ana risau...ana takut..kadang-kadang ana terfikir...Ya Allah,kenapa masalah orang yang datang kepada ana,ana boleh memberikan jalan penyelesaian yang baik..tetapi knpe tidak..shbt yang dekat dengan diri ana sendiri..knpe?knpe?kerdilnya diri ni..bila ana tegur..ada yang menjawab.."diri sendiri tak perfect,nak nasihat orang plak!sebelum tegur orang,cermin diri sendiri tu dulu!!"....tapi jika ana ikutkan apa yang mereka cakap,dan sekiranya orang lain berfikiran macam ana iaitu diri sendiri tak perfect.sampai bila pun  tak kan ada orang yang nsht mnshti sesama insan..

Berbekalkan kata sahabat ana.."Sampai bila kita nak tggu diri kita perfect..Allah mnjdikn mnusia semua memang tak perfect..xade seorang yang perfect..stiap orang ada klmhn dan klbhn..jika kita nak tggu diri kita perfect,masa tu shbt kita dah jauh lagi terpesong dan meriah mlkukn kmngkaran...."bila ana fikir kmbli..ada betulnya..jadi di sebabkn itu ana cube menegur shbt ana walau selepas itu ada nya cacian,umpatan,hinaan,kata-kata kesat dri shbt ana...KeSABARAN mnjdi tunggak utama perjuangan..

Dan sekarang...diri shbt ana masih tak berubah..masih sama seperti dulu..masih keluar malam,dan kadang-kadang sampai tak balik..keluar dengan lelaki yang bukan muhrim..bonceng naik motor dengan lelaki..dah macam pasangan suami isteri plak..emmm...tiap-tiap hari ana berdoa..moge ALLAH bukakan pintu hati mereka untuk kembali ke jalan ALLAH..moge ALLAH beri hidayah kepada mereka untuk kembli kepada penciptaNYA..

Mesti orang yang mmbaca cerita ni pelik kan..ttbe ana cerita tntg benda ni...tujuan utama ana...adalah ingin berkongsi pglmn yang ana rasa sendiri..dan ingin mnshti kpd mereka yang takut menegur shbt atau sesiapa sahaja yang mlkukn kmungkaran...tegurlah..kerana itu adalah tanggungjawab...memang perit terima segala tohmahan..tapi..berSABARLAH..kerana ALLAH akan senantiasa bersama hambanya dalam memperjuangkan AD-DIN Islam...Walaupun shbt ana tak berubah pada ketika ini,tapi ana yakin..suatu hari nanti merka akan nampak jalan untuk berubah..Selamat berjuang sahabat!!

ALLAHHU MA'ANA...
-Asrar90-

Tuesday, December 21, 2010

Muhasabah Insan Fakir..

Wahai Sang Hamba Ilahi..sirru ala barakatillah..teruskan perjuangan walau mehnah datang bertandang,mehnah hanye satu bentuk ujian,yang akan di hadapi setiap hamba ALLAH..kadang2 sebelum sesuatu yang terbaik hadir,Kholik beri dugaan yang maha dasyat..yang kadang2 kita tidak pernah sangkakan ia terjadi dalam kehidupan kita....tapi,sedarlah..ujian itu mengajar erti kehidupan dan mengingatkan kita hidup bertuhan...Ya Ikhwan wa Akhawat..!!jangan sesekali menyalahi takdir!!!jadilah insan yang benar2 berakal,jadilah insan yang benar2 bersyukur atas pemberianNYA..jadilah insan yang benar2 beriman..yang senantiasa redha terhadap ketentuanNYA..Wahai Rijal dan Nisa'..!!sedarkah kamu bahawa tidak akan rasa kasih sayang Tuhan tanpa ujian,tidak akan rasa kehambaan tanpa munajat padaNYA..tidak akan rasa keinsafan tanpa muhasabah..banyak mana ujian yang ALLAH berikan...itulah kasih sayangNYA kepada setiap hambaNYA...Renung2kanlah...dan selamat beramal....

Sunday, December 19, 2010

Insan bernama Serikandi Al-asrar..

Serikandi,
sebaris kata yang indah,
nama yang begitu mulia,
menjadi impian setiap akhawat,
yang menjadi igauan muslimah.
Serikandi,
gelaran nisa' yang berani,
hadapi ujian dengan tabah,
tidak pernah gentar dan takut,
putus asa tiada dalam kamus kehidupan.
Al-asrar,
penuh dengan kerahsiaan,
ibarat mawar yang penuh dengan duri,
menjadi perisai dari rijal,
benteng dari nafsu harakah manusia.
Al-asrar,
dirimu menyimpan khazanah rahsia,
tersimpan rapi dari an-nas,
maruahmu tidak boleh di pijak,
jadi pewaris pejuang ad-din islam.
Serikandi Al-asrar,
walau diri xmampu bertahan,
tetap tekad teruskan perjuangan,
demi islam tersayang..

Salam Kembara Cinta Ilahi Mardhotillah...

Saturday, December 18, 2010

kembara hamba yang khilaf..

Tatkala aku melihat pokok-pokok nan hijau,bunga yang tumbuh mekar,melihat air terjun yang bersih dan senantiasa mengalir,bunyi cengkerik bersahut-sahutan,sang monyet bernyanyi-nyanyi menunjukkan damainya keindahan alam ketika itu..serentak itu,aku berfikir sejenak dan bertafakur sebentar..ya allah..begitu indahnya ciptaanMu..begitu agungnya kebesaranMu..ku harapkn suasana ini berkekalan..tapi apakan daya..keindahan itu telah di ragut oleh tangan-tangan manusia yang rakus merosakkan ciptaanMu..tidakkah mereka terfikir bahawa segala keindahan ini adalah untk mereka???tidak kah mereka terfikir ia adalah satu anugerah yang tidak ternilai utk mereka??tetapi..manusia..lebih mengikut hawa nafsu dari mengikut kewarasan akal dan fikiran..sedarlah wahai insan..dunia nie hanya sementara..mengapa harus taksub pada dunia???taksub lah pada keagungan tuhan yang menciptakanmu...sedarlah..sedarlah wahai insan yang banyak kekhilafan..sebelum ajal datang bertandang..sedarlah..!!sedarlah...!!