Tuesday, December 21, 2010

Muhasabah Insan Fakir..

Wahai Sang Hamba Ilahi..sirru ala barakatillah..teruskan perjuangan walau mehnah datang bertandang,mehnah hanye satu bentuk ujian,yang akan di hadapi setiap hamba ALLAH..kadang2 sebelum sesuatu yang terbaik hadir,Kholik beri dugaan yang maha dasyat..yang kadang2 kita tidak pernah sangkakan ia terjadi dalam kehidupan kita....tapi,sedarlah..ujian itu mengajar erti kehidupan dan mengingatkan kita hidup bertuhan...Ya Ikhwan wa Akhawat..!!jangan sesekali menyalahi takdir!!!jadilah insan yang benar2 berakal,jadilah insan yang benar2 bersyukur atas pemberianNYA..jadilah insan yang benar2 beriman..yang senantiasa redha terhadap ketentuanNYA..Wahai Rijal dan Nisa'..!!sedarkah kamu bahawa tidak akan rasa kasih sayang Tuhan tanpa ujian,tidak akan rasa kehambaan tanpa munajat padaNYA..tidak akan rasa keinsafan tanpa muhasabah..banyak mana ujian yang ALLAH berikan...itulah kasih sayangNYA kepada setiap hambaNYA...Renung2kanlah...dan selamat beramal....

Sunday, December 19, 2010

Insan bernama Serikandi Al-asrar..

Serikandi,
sebaris kata yang indah,
nama yang begitu mulia,
menjadi impian setiap akhawat,
yang menjadi igauan muslimah.
Serikandi,
gelaran nisa' yang berani,
hadapi ujian dengan tabah,
tidak pernah gentar dan takut,
putus asa tiada dalam kamus kehidupan.
Al-asrar,
penuh dengan kerahsiaan,
ibarat mawar yang penuh dengan duri,
menjadi perisai dari rijal,
benteng dari nafsu harakah manusia.
Al-asrar,
dirimu menyimpan khazanah rahsia,
tersimpan rapi dari an-nas,
maruahmu tidak boleh di pijak,
jadi pewaris pejuang ad-din islam.
Serikandi Al-asrar,
walau diri xmampu bertahan,
tetap tekad teruskan perjuangan,
demi islam tersayang..

Salam Kembara Cinta Ilahi Mardhotillah...

Saturday, December 18, 2010

Sabarlah wahai hati..

Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian  itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

Allah telah mntpkn jodoh kita sjk dri azali lagi.Jadi,usah risau jika belum brpunya."Jadiknlh ianya cinta yg halal dn di redhai"

Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diri,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah  redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.

kembara hamba yang khilaf..

Tatkala aku melihat pokok-pokok nan hijau,bunga yang tumbuh mekar,melihat air terjun yang bersih dan senantiasa mengalir,bunyi cengkerik bersahut-sahutan,sang monyet bernyanyi-nyanyi menunjukkan damainya keindahan alam ketika itu..serentak itu,aku berfikir sejenak dan bertafakur sebentar..ya allah..begitu indahnya ciptaanMu..begitu agungnya kebesaranMu..ku harapkn suasana ini berkekalan..tapi apakan daya..keindahan itu telah di ragut oleh tangan-tangan manusia yang rakus merosakkan ciptaanMu..tidakkah mereka terfikir bahawa segala keindahan ini adalah untk mereka???tidak kah mereka terfikir ia adalah satu anugerah yang tidak ternilai utk mereka??tetapi..manusia..lebih mengikut hawa nafsu dari mengikut kewarasan akal dan fikiran..sedarlah wahai insan..dunia nie hanya sementara..mengapa harus taksub pada dunia???taksub lah pada keagungan tuhan yang menciptakanmu...sedarlah..sedarlah wahai insan yang banyak kekhilafan..sebelum ajal datang bertandang..sedarlah..!!sedarlah...!!