Showing posts with label Ad-Din Islam. Show all posts
Showing posts with label Ad-Din Islam. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

~KeHiDuPaN TiPiKaL MaNuSiA~

A: "Astaghfirullahala'zim. Bila la kamu nak insaf ni bro?aku tengok tiap minggu ko asyik pergi clubbing je. Balik rumah mabuk."

B: "Lepak lu bro....nanti aku dah tua sikit aku taubat la bro. Masa muda masa untuk kita enjoy!"

Itulah kata-kata yang sudah terbiasa kita dengari sekarang bukan. Orang muda dengan perkataan 'enjoy' memang sinonim. Memang tujuan utama mereka dalam melakukan sesuatu perlu membawa seribu keseronokan.

Di sebalik semua yang berlaku ini pernahkah kita berfikir sejenak adakah kita diberi peluang untuk hidup selama 70, 80 mahupun 100 tahun lagi?

Sempatkah kita menjalankan amanah yang telah ditetapkan-Nya untuk kita? Kita seringkali merujuk masa muda adalah masa untuk bersuka ria, masa untuk kumpul harta dan masa tua masa untuk kita beribadah, dengan kata lain kita insaf kembali ke pangkal jalan.Saya berikan satu kronologi sebuah kehidupan bermula dari kelahiran kita hingga ke alam tua kita.

1) Alam kanak-kanak
Ibu lahirkan kita dengan begitu sakitnya yang tidak dapat kita bayangkan kesakitannya. Setelah kelahiran kita tercipta seribu harapan dan sandaran daripada ibu bapa kita agar kita menjadi seorang yang berguna kelak.

Zaman kanak-kanak sememangnya zaman yang sangat bermakna untuk kita smua dengan pelbagai suka dan duka sentiasa kita ingati sehingga kini. Di sinilah ibu bapa mencorakkan kita menjadi seorang individu yang berguna, di sinilah bermulanya asas-asas kita tentang agama diajarkan.

2) Alam remaja
Masuk pula zaman remaja iaitu kita telah akil baligh dan alam di mana kita ingin mencuba sesuatu yang baru. Pada masa ini akal sudah mula berfungsi untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

3) Alam dewasa (kerja dan berumahtangga)
Alam ini kita telah menjadikan seorang yang boleh dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan tugas-tugas, boleh memimpin sebuah keluarga. Di alam ini jugalah kita mula merealisasikan impian kita sejak dari kecil lagi contohnya mengumpul harta untuk menjadi jutawan dan sebagainya.

4) Alam tua
Setelah penat bekerja selama puluhan tahun, penat mengumpul harta, penat membesarkan anak, alam ini dikatakan alam untuk kita berehat. Bak kata orang putih 'retired'kan. Masa untuk kita mengenal Tuhannya.
Saya boleh jamin inilah kehidupan tipikal manusia sekarang.

Semua peringkat kehidupan yang saya nyatakan di atas jika kita pandang dari sudut keduniaan pastinya tidak memberikan kebahagiaan kita di akhirat kelak jika kita hanya mengejar dunia semata-mata tanpa adanya disulami dengan bekalan akhirat.

Sememangnya dari kecil lagi kita dah diajarkan ilmu agama yang secukupnya tetapi apa yang kita lihat trend sekarang, saya tidak menyatakan semua manusia zaman sekarang sebegini hanya segolongan sahaja, iaitu mereka yang mengejar kebahagiaan dunia semata-mata, bagi mereka kebahagiaan inilah kebahagiaan selama-lamanya untuk mereka.

Diajarkn ilmu agama yg mencukupi ketika kecil tetapi selepas membesar lalai dan hanyut dengan nikmat keduniaan dan godaan hawa nafsu dan syaitan sehingga lupa akan Tuhannya. Kebanyakan manusia sekarang apabila bekerja tidak ingat lagi dengan ibadah mereka terhadap Allah S.W.T.

Kerja lebih dipentingkan dan soal ibadah dan agama hanyalah perkara kecil bagi mereka. Pekerjaan yang kita lakukan selama puluhan tahun tanpa ada amal ibadah dalam masa tersebut dan hanya mengharapkan alam tua sebagai alam kita menebus dosa yang lampau.

Adakah cukup alam tua kita dihabiskan untuk beramal? Adakah kita akan hidup 100 tahun?
Kita ambil contoh umur Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W sebagai 'benchmark' ajal kita. Jika kita ambil umur nabi sebagai ajal kita iaitu 63 tahun Nabi wafat setelah kita pencen pada umur 58 tahun tinggallah baki tujuh tahun lagi untuk beribadat. Cukupkah itu?

Cukupkah ia dibawa untuk kita menghadap Allah S.W.T di akhirat kelak? Masih mampu dan bertenagakah kita untuk melaksanakan perintahnya? Sihatkah kita pada masa itu? Itulah anggapan orang muda yang sering menganggap perjalanan hidup mereka masih jauh dan menetapkan alam tua itulah masa untuk kembali kepada-Nya

Andai ditakdirkan kita meninggal dunia di usia yang muda dalam keadaan kita tidak melaksanakan syariat-Nya sudah pasti kita akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Kita hendaklah ada rasa gentar dalam diri kita akan ajal yang datang menjemput kita itu tidak mengenal usia.Hendaklah kita sentiasa istiqomah dalam melakukan ibadah kepada-Nya sejak dari muda sampailah ke hari tua.

Sabda Nabi S.A.W:

"Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati."

Rasulullah S.A.W telah menjelaskan perihal orang yang bijak iaitu orang yang sentiasa mengingati mati. Maka hendaklah kita menjadi salah seorang daripada orang bijak yang Nabi maksudkan. 

Kita sebagai manusia yang bekerjaya tidak kira kita memiliki pangkat yang tinggi atau jutawan yang menggunung banyaknya harta, memberi komitmen dalam urusan duniawi kita tanpa melupakan urusan akhirat kita. kita sepatutnya menyeimbangkan kedua-duanya.

"Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribatlah seolah-olah kamu akan mati keesokannya."

 --Sumber I LUV ISLAM-

Saturday, August 27, 2011

~~NaSiHaT ImAm AL-GhAzALi~~

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum...

Pasti sudah banyak yang mendengar tentang nasihat Imam Ghazali ini kepada para muridnya.Ana kutip di sini percakapannya untuk merefresh kembali, dan kita sama-sama mengambil hikmahnya:

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Orang tua“
Murid 2 = “Guru“
Murid 3 = “Teman“
Murid 4 = “Kaum kerabat“
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati” ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Negeri Cina“
Murid 2 = “Bulan“
Murid 3 = “Matahari“
Murid 4 = “Bintang-bintang“
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama“.

Iman Ghazali = “Apa yang paling besar di dunia ini ?“
Murid 1 = “Gunung“
Murid 2 = “Matahari“
Murid 3 = “Bumi“
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali= “Apa yang paling berat didunia?“
Murid 1 = “Baja“
Murid 2 = “Besi“
Murid 3 = “Gajah“
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = “Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = “Kapas“
Murid 2 = “Angin“
Murid 3 = “Debu“
Murid 4 = “Daun-daun“
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang “
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “


Hikmah:
Perbanyak ibadah sesungguhnya kematian adalah dekat. Pergunakan waktu sebaik mungkin karena kita tidak dapat mengulang masa lalu. Berhati-hati dengan hawa nafsu, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. Tunaikan selalu amanah. Ingat bahwa manusia dan jin diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah semata. Dalam kesibukan apapun, jangan tinggalkan solat yang menjadi tiang agama kita. Berhati-hati dengan ucapan kita, karena melalui lidah kita mudah untuk menyinggung dan melukai hati saudara kita sendiri..


Wallahua'lam..

Sumber: Sahabat..

Thursday, August 25, 2011

~~~SiFaT-SiFat 20 AllaH~~~

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.


Saturday, August 6, 2011

NaMA SyAItAn DaLAM Al-FaTiHAh

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum....

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
 
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
 
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
 
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
 
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
 
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’
 
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!
 
7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.
 
8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
 

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam...(^____^)

Friday, July 1, 2011

Jaga Percakapan Anda!Elak Dosa!


Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur ke hadrat Illahi,kerana limpah kurniaNYA,dapatlah ana mencoret sedikit tentang permasalahan ummah yang melanda kita sekarang ini.Sebelum ana memulakan coretan ana,eloklah kita renungkan hadis dari Rasulullah SAW  “Siapa diam dia berjaya”(Hadis riwayat al-Tirmizi).

Mungkin antum tertanya-tanya,mengapa ana mulakan coretan ana dengan hadis ini.Ini kerana Islam memberi perhatian serius terhadap percakapan kita.Dan tentunya percakapan kita menggunakan mulut dan lidah.LIDAH adalah alat komunikasi penting dalam menghubungkan silaturrahim sesama ummah. Ia juga untuk menyebar ilmu,berdakwah dan banyak lagi manfaat lain. Walakin, lidah juga boleh jadi bahaya, kerana boleh digunakan untuk memecah belahkan masyarakat, memfitnah, mencaci, mengumpat dan sebagainya.

Fil kitabul Aziz juga mengingatkan bahawa setiap ucapan yang diucapkan seseorang tidak akan terlepas daripada catatan malaikat-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”.(Surah Qaf, ayat 18)

Seperti mana yang kita maklum,terjadinya sesuatu perkara yang kadangkala terjadinya pergaduhan,perselisihan faham,saling tuduh menuduh antara sesame insan adalah di sebabkan oleh sifat manusia yang suka mengeji, mencaci dan mencarut  yang mana ia adalah perkara yang dilarang Islam dan mereka yang melakukan perkara itu dengan lidahnya wajib bertaubat serta memohon maaf kepada mereka yang telah disakitinya.

Tindakan lidah yang paling sinonim dengan masyarakat kita ialah mengumpat.Mengumpat ialah menyebut di belakang saudaramu tentang sesuatu yang tidak disukainya, sama ada kekurangan itu pada fizikalnya, keturunannya, kelakuannya, pakaiannya atau sebagainya. Wahai muslimin dan muslimat,renunglah ayat ini, 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”(Surah al-Hujurat, ayat 12)

Telah jelas disini,Allah Taala mengumpamakan pengumpat itu sebagai pemakan daging saudaranya yang sudah mati.Adakah kita mahu makan daging saudara kita sendiri?Tentu tidak mahu bukan?Maka,jauhilah sifat ini yang mana dosa mengumpat itu tidak akan diampun Allah jika tuannya tidak memaafkannya terlebih dahulu.

Namun, ulama menyenaraikan beberapa kelonggaran yang mengizinkan kita menyebut kekurangan orang lain di belakangnya iaitu tidak dikira dosa. Ia termasuk beberapa keadaan berikut:
  • Apabila seseorang itu dizalimi, maka dia dibolehkan menceritakan kezaliman ke atasnya kepada pihak yang bertanggungjawab;
  • Apabila hendak mendapat fatwa atau mengetahui hukum sesuatu;
  • Apabila ingin memberi peringatan kepada orang lain;
  • Apabila seseorang itu dikenali dengan gelaran itu secara menyeluruh; dan
  • Apabila ia terkenal dengan jahatnya.

Marilah wahai hamba Allah,kita berfikir,renungkan dan muhasabah diri kita.Adakah kita tergolong dikalangan orang yang tidak menjaga lidah yang di anugerahkan kepada kita? Jika kita tergolong,sama-samalah kita cuba ubah diri kita temasuk ana,ke arah yang lebih baik dan senantiasa menjaga percakapan kita.Kerana Rasulullah SAW memberi jaminan kepada orang yang sanggup menjaga lidahnya. 

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku apa yang ada antara misai dan janggutnya dan apa yang ada antara dua pahanya, aku jamin baginya syurga.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

Wallahualam..
Asrar90,Khamis,01 Julai 2011,15:58

Tuesday, May 17, 2011

Maksiat..Cara Meninggalkannya..


"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat(maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."

Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya dia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A. Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami, kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.

1)Menjaga Mata; Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2)Menjaga Telinga; Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

3)Menjaga lidah; Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

4)Menjaga perut; Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5)Menjaga Kemaluan; Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.

6)Menjaga Dua Tangan; Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7)Menjaga Dua Kaki; Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).” - Riwayat At Tirmizi.

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. - -

"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)