Thursday, September 22, 2011

~BeRsyUkUr AtAs SeGalA NikMatNYA~


Bismillahirrahmanirrahim..
Syukur..syukur..syukur  Ya Allah..Syukur…syukur…Alhamdulilah…(Dipetik dari lagu raihan)
Apa itu syukur?Syukur adalah menerima segala nikmat Allah atas kurniaan yang diberikan kepada hambanya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.” (Riwayat Tabrani)


Allah memberi nikmat yang melimpah ruah yang tidak terhingga  kepada hamba-hambanya . Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan.Ini lah Syukur yang sangat di tuntut dalam islam.

Rata-rata apa yang kita dapat lihat sekarang,ramai manusia yang apabila menerima sesuatu nikmat,terus lupa dengan Kholik tercinta.Contoh nikmat khalifatullah ialah kekayaan.Apabila mendapat duit yang banyak,mereka rasa bangga dengan kesenangan yang dimilki dan merasakan duit itu adalah hasil usaha yang di lakukan.

Tidakkah mereka ketahui bahawa kekayaan itu adalah satu bentuk ujian??Ujian yang mana Allah ingin melihat sejauh mana iman kita apabila diberi ujian seperti itu.Malah ada diantara insan-insan yang berlagak sombong tanpa melihat mereka yang serba kekurangan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.” (Riwayat Bukhari)
                                                                                                                                                                         
Fil Kitabul Aziz juga Allah telah berfirman:-

Firman Allah SWT yang maksudnya:”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7).

Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah ialah tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah.Ini dapat menjadikan seseorang itu tidak terlalu angkuh dan bongkak dengan nikmat yang diberikan.

Selain itu,ucaplah Alhamdulilah untuk menerbitkan rasa kesyukuran dengan memujiNya sama ada dalam keadaan susah dan senang kerana nikmat yang seharusnya disyukuri itu lebih kepada apabila menerima sesuatu musibah.

Kita mestilah percaya bahawa segala nikmat yang di berikan Kholik adalah suatu jalan menuju Allah untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNya dan menyedari bahawa segala apa yang kita kecapi adalah milikNya.Tiada nikmat yang kekal di dunia ini tatkala tibanya kehancuran alam ini dengan izin yang Maha Berkuasa.

Wallahua’lam..
Asrar90

1 comment:

  1. marilah berdoa semoga menjadi insan yang bersyukur...

    sesungguhnya, org yg tidak bersyukur adalah orang yg kufur iaitu kufur nikmat Allah swt...

    ReplyDelete